|
|
| Sunday, 1-Jul-2007 11:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Awan membiru
|
|
Salah satu kesukaan saya dalam mengambil gmbr ialah cuba mendapatkan langit yg membiru. Cukup cantik sekali apatah lagi saturation warna yang dihasilkan oleh kamera Nikon versi cap ayam D50 saya. .
Gambar ini saya ambil ketika sesi fotografi di luar pintu di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Untuk mendapatkan posisi gambar sebegini saya terpaksa tidur baring di atas lantai yang beza satu anak tangga shj dari tempat pengantin duduk itu.
Pengantin : Suhana & Kamaludin
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-Jun-2007 13:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Susahnya menyalakan api sebatang rokok
|
|
27 Jun, tarikh hari jadi saya. ha ha .. inilah hadiah dr saya sendiri kpd diri sendiri. Gambar kandid pakcik ini di shoot kenduri kahwin. Selepas menjamu selera meratah la pulak asap rokok haha
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Jun-2007 09:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Black & White
|
|
Gambar hitam putih dlm fotografi perkahwinan? erm, menarik jgk ye .. mendatangkan feel yg dramatik.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Jun-2007 05:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Julya & Shahrin - part deux
|
|
Cantik ke collage ni? ha ha .. x reti la aku nk bt collage ni. X kreatif sgt. tp semangat nak bt tu ade . Kpd Julya, best dpt bkerjasama dgn u tempoh hari. Album u dlm proses utk disiapkan ..
Jurugambar : xjukie
Lokasi : Rumah pengantin perempuan, Pulai Chondong, Kelate
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Jun-2007 10:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Julya & Shahrin, Pulai Chondong, Kelate
|
|
Thanks to Julya for being my last min client. he he. It's so nice working with you. Happy go lucky + sempoi!.
p/s : Julya, send my rgds to your family, i feel like im one of your family .. how friendly they're. Tq
Photographer : xjukie
Location : Pulai Chondong, Kelantan
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Jun-2007 16:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
First wedding job : Suhana & Kamaludin, Krubong, Melaka
|
|
Alhamdulillah, selesai sudah shoot gmbr2 khwin utk 1st wedding job saya. Walaupun sedikit letih dan kepenatan, tp pglmn tu cukup penting. Pglmn yg takleh dilupakan bila mana saya tercari2 masjid tmpt pengantin akad nikah, call pnye call pengantin pmpn x agkt .. mula la cuak kut2 dorg dh akad nikah ha ha ...Turut menemani saya shoot tempoh hr ialah fotographer terhebat yg baru je sambar Tokina fisheye, joekeyel. tq bro.
Terima kasih juga kepada rakan2 fotographer yg bnyk memberi tunjuk ajar dari saya x tau ape2 sehinggalah ape yg saya ade skrg.
Selamat Pengantin Baru!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-May-2007 06:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekadar berkongsi cerita kes kes kes
|
|
| Quote: | Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda. |
| Quote: | Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…
Kita tentu selalu dengar ayat macam ni - “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:
1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…
2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…
Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?
Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.
Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar - dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…
Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”
So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.
Saya dah banyak kali terkena bila buat bisnes dengan kawan-kawan atau sedara-mara. Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami. Saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”
Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…
Untuk tips2 fotografi dari saya, sila ke http://www.fototeacher.com/blog
Hasnuddin |
Copyright article from bro Hasnuddin
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-May-2007 04:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Allahuakbar! marilah menunaikan solat ..
|
|
haiyya alassolah ... alhamdulillah this is my first time at Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. So impressived with the "big and nice architecture". Saya sempat menunaikan solat asar di sana. Tuhan masih lagi bg kekuatan dan tubuh badan yang sihat utk mengabdikan diri kepadaNya. Tuhan bg kita 24jam, 5-10 minit x sempat ke utk kita bersamaNya bt seketika? sembahyanglah kamu sblm kamu disembahyangkan hehe .. alhamdulillah itulah nasihat kepada diri saya ... amin
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Apr-2007 11:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
3 days 2 night at Perhentian Island
|
|
Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet request me to shoot at the resort. The purpose is to update their pamplet/brochure/booklet. hehe
Thanks to http://www.arwanaperhentian.com.my
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Apr-2007 14:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malaysia Eye
|
|
| Quote: | The Eye on Malaysia is the tallest portable observation wheel in South-East Asia. The 60-metre structure is located at Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur, Malaysia. (Coordinates: 3°10'39.20"N, 101°42'15.68"E)
The ferris wheel comprising of 42 gondolas (including 1 VIP one) is similar to the London Eye and has been unveiled in conjunction of Visit Malaysia Year 2007 on January 6, 2007 by Malaysian Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
This giant ferris wheel allows visitors to experience a 360-degree panoramic view of Kuala Lumpur during a 12-minute ride that goes 60 metres high. It offers a magnificent view of Kuala Lumpur and over 20 kilometres of its surroundings including KL Tower, Istana Budaya and Petronas Twin Towers. |
|
|
|
|
|